Pengenalan

Kembara mencari bahagia mengisahkan seorang lelaki yang merasakan kekosongan dalam hidupnya, dan masih mencari-cari apakah kekurangan tersebut. Adakah cinta? Harta? Teman? Siapakah lelaki tersebut? Latarbelakangnya? Apakah kisah silam yang menghantuinya? Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini yang akan di hapdet pada setiap hari sabtu (insya-Allah). Apa yang boleh saya janji kan, cerita ini bukan lah satu lagi cerita cinta yang biasa dibaca, mahupun kisah cinta kuch2 hota hei, insya Allah. Selamat membaca!

episod 5

salam Eid Fitri kepada semua pembaca..
sori lambat update, syok beraya
mari ikuti sambungan kisah Adam yang sedang berada dalam kereta Farhanna atau nama manja nya 'Anna'..
****************
"Farhanna, kenapa you hidup macam ni, you tak takut dengan tuhan you ke?"
Dia ketawa sinis, seolah-olah memerli aku
"Sejak bila you pandai tanya soalan macam ni? You sendiri pun tak percaya tuhan..ada hati nak nasihat orang..huh.."
"Yes, I admit I am atheist, tapi I tak tipu diri I, tak hidup dalam kepura-puraan macam you."
Aku menjawab dengan tajam, geram dengan kata-katanya sebentar tadi..
"You ingat I pilih jalan ni? You untung, parents you atheist, tak pernah paksa you. I lahir-lahir terus ada Islam dalam surat beranak I. You ingat I suka? "
Nada nya sedikit marah,
mata nya tajam merenung kehadapan sambil tangan nya kuat menggenggam stereng kereta
aku yakin dia teringatkan kan ibu dan ayah nya di kampung
ayahnya seorang yang sangat tegas, sudah bergelar haji,
namun satu sikap yang aku kurang senang
dia begitu bangga dengan haji nya itu..
Apalah yang ada pada nama itu?..Sudah dijamin syurga kah?..
..aku tertanya-tanya..
Ibu Anna tidak ku kenal
kata Anna, ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil
bila ditanya sebabnya, Anna hanya diam membisu
~~~
kami berdua diam membisu
membiarkan masing-masing tenggelam dalam lamunan sendiri
kereta diberhentikan
"Thanks"
aku senyum kepadanya dan terus membuka pintu kereta
Anna menurunkan cermin nya,
"Nanti call I tau.."
Aku hanya tersenyum kepadanya dan berlalu
~~~
aku berbaring di atas katil merenung kipas di syiling
kita semua ada kisah hidup masing-masing..
farhanna dengan kisah hidupnya..
aku dengan kisah hidup ku..
..kita semua pelakon..
di atas pentas bumi ini
dan aku masih lagi mencari-cari..
tujuan aku di dunia ini
aku menghela keluhan kecil
segera mencapai tuala
dan menuju ke bilik mandi
"
"
"
telefon berbunyi
****
sape pulak la yg menelepon tu...nantikan sambungan seterusnya..

Posted in | Leave a comment

episod 4

ini semua rekaan penulis semata-mata..
jom baca sambungannya!~
********
PoNPON!
aku terkejut, langkahku terhenti
sebuah kereta mewah yang tidak aku kenali berhenti betul-betul di hadapan ku
Daniel beli kereta baru ke..
tingkap kereta diturunkan
pemilik kereta itu melihat ku
"Jom sayang, I hantar you balik"
..jantungku berdegup kencang..
mesti kerja Daniel ni..
aku tidak mahu menimbulkan kekecohan di khalayak ramai
terutama sekali kerana pakcik masih memerhatikan langkah ku..
aku menuju pintu tempat penumpang hadapan
"Mana you tau I ada kat sini? Daniel mana?"
tanya ku sedikit kasar
"Janganlah marah sayang..you tak suka ke jumpa I? I rindu sangat dekat you. Daniel busy, dia yang call I, suruh jemput you dekat sini. Kalau tak, ntah bila I boleh jumpa you..You dah kurus sekarang, mesti sebab you rindukan I kan?"
jari-jemari nya mengusap pipi ku
aku menepis kasar
"FYI, I don't miss you at all. Not even for a second. And don't call me sayang. I hate to hear it from your mouth."
dia tertawa kecil
"I suka tengok you marah, comel. Sebab I sayang you, I panggil la you sayang. Habis you nak I panggil apa? Hubby?"
aku diam menahan amarah ku.
"Ni sugar daddy mana pulak yang bagi kereta kat you ni?"
aku memandang tepat ke wajahnya
akui, dia memang cantik
kulit putih gebu
dia, sepanjang perkenalan kami, memang sentiasa menjaga penampilan nya
seksi, menggoda
kalau tidak, masakan hartawan-hartawan boleh tergoda dengan permainan dia..
"Adalah. Don't be sad sayang, I tetap cinta kan you"
"Tapi I tak"
balas ku tegas
kali ini dia diam membisu
mungkin sedikit terluka dengan apa yang aku ucapkan
namun itu pendirian dan perasaan ku
tak mungkin aku bersama dengan dia
AKU JIJIK!
"Farhanna, kenapa you hidup macam ni? You tak takut dengan tuhan you ke?"
**********
bersambung

Posted in | 2 Comments

episod 3

kisah ini tade kaitan dgn yg hidup dan yg telah wafat ye uols!~
*********************
"kenapa pakcik cakap saya putus cinta"
tanya ku sambil dahi berkerut
apakah tiada hal yang lebih penting untuk ditangisi selain cinta?..
"takde la..sebab pakcik tengok trend orang muda macam kamu sekarang, ramai mabuk kasih manusia, mabuk cinta. Putus cinta, seksa diri, bunuh diri..Demi cinta, sanggup gadai kan maruah diri, memuaskan nafsu..bila dah mengandung, yang lelaki lari, tak mengaku kerja dia, perempuan pulak dah lahirkan anak, dibuangnya anak tu macam sampah..."
..pakcik merenung keluar, seolah-olah ada sesuatu yang mengusik sanubarinya..
"tak lah pakcik..saya kan hensem macam pakcik. tak mungkin la saya boleh putus cinta"
aku berjenaka,cuba menarik pakcik dari lamunannya
ternyata caraku berjaya
pakcik tersenyum memandangku
"betul jugak kata kamu tu"
gelak tawa kami menghiasi ruang gerai itu
"Pakcik, saya pergi dulu..terima kasih untuk air ni. Berapa ye pakcik?"
"Takpe la nak, pakcik rasa kamu tak perasan lagi..tapi dompet kamu sudah kena curi, masa kamu mabuk tadi.."
aku terkejut, tanganku meraba-raba poket seluar
SAH!
"kalau kamu nak telefon sesiapa, pinjam telefon pakcik dulu"
aku terus mengambil handphoneyang dihulurkan
dalam kepala ku cuma terlintas dia..
sudah pukul 9 lebih..mesti dia tengah tunggu aku..
"Upwell Corporation, boleh saya bantu?"
aku terpaku mendengar suara nya..
"Hello?.."
"Aisyah, ini saya. Saya nak inform saya masuk ofis lepas lunch, kalau ada klien nak jumpa, tolong cakap saya tak available harini n arrange meeting untuk esok. Boleh? And 1 more thing, tolong mintak Daniel ambil saya disini..."
Aku mendengar Aisyah mencatat setiap butiran yang aku berikan padanya. 
Dia memang cekap.
"Baik Encik Adam. Ada apa-apa lagi?"
"Itu sahaja. Apa-apa nanti saya inform lain"
"Baik Encik Adam. Jaga diri"
talian dimatikan
aku meminta izin untuk pergi
"Boleh pakcik tau nama kamu?"
"Adam, pakcik"
pakcik seperti terkejut, dan dia terus memelukku
"nanti senang, kamu datang sini lagi ye Adam. bila kamu dah bersedia, kamu ceritakan lah dekat pakcik masalah kamu.."
"baiklah pakcik, nanti saya datang makan kat kedai pakcik lagi.."
"Assalamualaikum.."
aku melangkah meninggalkan gerai itu tanpa menjawab salam yang diberi..
seperti aku bermimpi, melihat air mata bergenang di kedua matanya yang sayu tatkala melihatku pergi..
PonPON!!

******************
sapekah aisyah? apakah hubungannya dengan adam? kenapa pakcik beriya-iya nak tolong adam? apa motip?? kenapa adam tak jawab salam??kurang ajar ke dia ni..?sape pulak yang meng-hon? sama2 nantikan sambungannya..

Posted in | 1 Comment

episod 2

cerita ini tiada kaitan antara hidup atau mati uols~
**************
"Anak, ada apa pakcik boleh tolong?"
aku mengangkat kepalaku yang masih pening
ku lihat seorang pakcik, dalam lingkungan 50 tahun sedang tunduk memandangku
sambil tangan kanannya memegang bahu ku
aku menggelengkan kepala
"takde apa pakcik, terima kasih"
pakcik itu mengeluh kecil
"mari, pergi gerai pakcik. Kita makan sama-sama,"
pelawa pakcik sambil menunding jari ke gerai kecil yang terletak di hujung jalan.
aku mahu menolak, tetapi mendengarkan keluhan kecil pakcik sebentar tadi, aku rasa bersalah
"baik lah pakcik"
aku menggagahkan diri untuk bangun, kepalaku terasa pening yang teramat
kami melangkah, diam seribu bahasa
aku sedari sepasang mata yang dimiliki pakcik, merenungku sejak tadi
tapi, tidak ku endah kan..
tiba sahaja di gerai, aku duduk
tanpa mengambil pesanan, pakcik terus ke dapur
aku melihat sekeliling
gerai nya kecil sahaja, hanya boleh menampung 10 orang pelanggan
tetapi bersih walaupun bukan lah restoran 5 bintang
..selesa..
pakcik keluar dari dapur sambil membawa dua cawan air, di hulurkan satu kepadaku
"nah, minum air limau nipis campur madu ni. nanti hilang la mabuk tu"
aku diam merenung cawan yang dihulurkan..
melihat pakcik menghirup kopi susu nya, aku pun mula menghirup air limau ku
..mmg menyegarkan..
"anak, maaf kalau pakcik kurang menyenangkan kamu, tapi pakcik selalu tengok kamu mabuk hujung-hujung minggu, menangis sendiri. kamu ni putus cinta ke?"
tersedak!
aku ketawa kecil
"kenapa pakcik cakap saya putus cinta?" 
************
bersambung..

Posted in | Leave a comment

episod 1

ini hanya coretan penulis semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah arwah..
 ingat tu uols~
*********************

aku menggagahkan diri untuk melangkah
sudah berapa kali ku rebah
ku lihat kanan kiri
memang ramai yang memerhati, ada simpati di wajah mereka
tapi tiada sorang pun yang mahu membantu
mereka sekadar melihat kaku
malah ada yang tertawa melihat kesusahan ku
"Kejamnya dunia ini.."
bisik sanubari ku sendiri..
aku merenung ke hadapan
melihat dan terfikir ke mana arah mahu aku pergi..
namun semakin aku merenung kehadapan,
semakin aku 'ditarik' kebelakang
..Kisah silam..
sememangnya aku tidak mahu mengingati
namun ingatan itu seakan menjerit-jerit memanggilku
segala kekeliruan, segala keresahan dan kesilapan yang menyarang didalam hidup
seolah-olah menari-nari dibenakku
"lupakan..LUPAKAN SEMUA!!"
jerit hatiku
ingatan itu terhenti untuk seketika
untuk apa sebenarnya hidup ini...
untuk disesali?
untuk ditangisi?
untuk bergembira sehingga ke dini hari?
pertanyaan yang sudah puas aku tanya kepada diriku selama 26tahun aku bernafas
juga kepada 'teman-teman rapat' yang pernah mendampingi ku
namun semuanya salah..
SALAH!
aku menekup wajahku yang cengkung dengan tapak tanganku yang sedikit kotor..
.
.
.
.
"Anak, ada apa pakcik boleh tolong?"

********
bersambung dalam kembara mencari bahagia-3 uols~ 


Posted in | Leave a comment
semua yg tertulis adalah hak cipta terpelihara pemilik blog. Powered by Blogger.