Pengenalan

Kembara mencari bahagia mengisahkan seorang lelaki yang merasakan kekosongan dalam hidupnya, dan masih mencari-cari apakah kekurangan tersebut. Adakah cinta? Harta? Teman? Siapakah lelaki tersebut? Latarbelakangnya? Apakah kisah silam yang menghantuinya? Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini yang akan di hapdet pada setiap hari sabtu (insya-Allah). Apa yang boleh saya janji kan, cerita ini bukan lah satu lagi cerita cinta yang biasa dibaca, mahupun kisah cinta kuch2 hota hei, insya Allah. Selamat membaca!

episod 1

ini hanya coretan penulis semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah arwah..
 ingat tu uols~
*********************

aku menggagahkan diri untuk melangkah
sudah berapa kali ku rebah
ku lihat kanan kiri
memang ramai yang memerhati, ada simpati di wajah mereka
tapi tiada sorang pun yang mahu membantu
mereka sekadar melihat kaku
malah ada yang tertawa melihat kesusahan ku
"Kejamnya dunia ini.."
bisik sanubari ku sendiri..
aku merenung ke hadapan
melihat dan terfikir ke mana arah mahu aku pergi..
namun semakin aku merenung kehadapan,
semakin aku 'ditarik' kebelakang
..Kisah silam..
sememangnya aku tidak mahu mengingati
namun ingatan itu seakan menjerit-jerit memanggilku
segala kekeliruan, segala keresahan dan kesilapan yang menyarang didalam hidup
seolah-olah menari-nari dibenakku
"lupakan..LUPAKAN SEMUA!!"
jerit hatiku
ingatan itu terhenti untuk seketika
untuk apa sebenarnya hidup ini...
untuk disesali?
untuk ditangisi?
untuk bergembira sehingga ke dini hari?
pertanyaan yang sudah puas aku tanya kepada diriku selama 26tahun aku bernafas
juga kepada 'teman-teman rapat' yang pernah mendampingi ku
namun semuanya salah..
SALAH!
aku menekup wajahku yang cengkung dengan tapak tanganku yang sedikit kotor..
.
.
.
.
"Anak, ada apa pakcik boleh tolong?"

********
bersambung dalam kembara mencari bahagia-3 uols~ 


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

semua yg tertulis adalah hak cipta terpelihara pemilik blog. Powered by Blogger.