Pengenalan

Kembara mencari bahagia mengisahkan seorang lelaki yang merasakan kekosongan dalam hidupnya, dan masih mencari-cari apakah kekurangan tersebut. Adakah cinta? Harta? Teman? Siapakah lelaki tersebut? Latarbelakangnya? Apakah kisah silam yang menghantuinya? Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini yang akan di hapdet pada setiap hari sabtu (insya-Allah). Apa yang boleh saya janji kan, cerita ini bukan lah satu lagi cerita cinta yang biasa dibaca, mahupun kisah cinta kuch2 hota hei, insya Allah. Selamat membaca!

episod 2

cerita ini tiada kaitan antara hidup atau mati uols~
**************
"Anak, ada apa pakcik boleh tolong?"
aku mengangkat kepalaku yang masih pening
ku lihat seorang pakcik, dalam lingkungan 50 tahun sedang tunduk memandangku
sambil tangan kanannya memegang bahu ku
aku menggelengkan kepala
"takde apa pakcik, terima kasih"
pakcik itu mengeluh kecil
"mari, pergi gerai pakcik. Kita makan sama-sama,"
pelawa pakcik sambil menunding jari ke gerai kecil yang terletak di hujung jalan.
aku mahu menolak, tetapi mendengarkan keluhan kecil pakcik sebentar tadi, aku rasa bersalah
"baik lah pakcik"
aku menggagahkan diri untuk bangun, kepalaku terasa pening yang teramat
kami melangkah, diam seribu bahasa
aku sedari sepasang mata yang dimiliki pakcik, merenungku sejak tadi
tapi, tidak ku endah kan..
tiba sahaja di gerai, aku duduk
tanpa mengambil pesanan, pakcik terus ke dapur
aku melihat sekeliling
gerai nya kecil sahaja, hanya boleh menampung 10 orang pelanggan
tetapi bersih walaupun bukan lah restoran 5 bintang
..selesa..
pakcik keluar dari dapur sambil membawa dua cawan air, di hulurkan satu kepadaku
"nah, minum air limau nipis campur madu ni. nanti hilang la mabuk tu"
aku diam merenung cawan yang dihulurkan..
melihat pakcik menghirup kopi susu nya, aku pun mula menghirup air limau ku
..mmg menyegarkan..
"anak, maaf kalau pakcik kurang menyenangkan kamu, tapi pakcik selalu tengok kamu mabuk hujung-hujung minggu, menangis sendiri. kamu ni putus cinta ke?"
tersedak!
aku ketawa kecil
"kenapa pakcik cakap saya putus cinta?" 
************
bersambung..

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

semua yg tertulis adalah hak cipta terpelihara pemilik blog. Powered by Blogger.