Pengenalan

Kembara mencari bahagia mengisahkan seorang lelaki yang merasakan kekosongan dalam hidupnya, dan masih mencari-cari apakah kekurangan tersebut. Adakah cinta? Harta? Teman? Siapakah lelaki tersebut? Latarbelakangnya? Apakah kisah silam yang menghantuinya? Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini yang akan di hapdet pada setiap hari sabtu (insya-Allah). Apa yang boleh saya janji kan, cerita ini bukan lah satu lagi cerita cinta yang biasa dibaca, mahupun kisah cinta kuch2 hota hei, insya Allah. Selamat membaca!

episod 3

kisah ini tade kaitan dgn yg hidup dan yg telah wafat ye uols!~
*********************
"kenapa pakcik cakap saya putus cinta"
tanya ku sambil dahi berkerut
apakah tiada hal yang lebih penting untuk ditangisi selain cinta?..
"takde la..sebab pakcik tengok trend orang muda macam kamu sekarang, ramai mabuk kasih manusia, mabuk cinta. Putus cinta, seksa diri, bunuh diri..Demi cinta, sanggup gadai kan maruah diri, memuaskan nafsu..bila dah mengandung, yang lelaki lari, tak mengaku kerja dia, perempuan pulak dah lahirkan anak, dibuangnya anak tu macam sampah..."
..pakcik merenung keluar, seolah-olah ada sesuatu yang mengusik sanubarinya..
"tak lah pakcik..saya kan hensem macam pakcik. tak mungkin la saya boleh putus cinta"
aku berjenaka,cuba menarik pakcik dari lamunannya
ternyata caraku berjaya
pakcik tersenyum memandangku
"betul jugak kata kamu tu"
gelak tawa kami menghiasi ruang gerai itu
"Pakcik, saya pergi dulu..terima kasih untuk air ni. Berapa ye pakcik?"
"Takpe la nak, pakcik rasa kamu tak perasan lagi..tapi dompet kamu sudah kena curi, masa kamu mabuk tadi.."
aku terkejut, tanganku meraba-raba poket seluar
SAH!
"kalau kamu nak telefon sesiapa, pinjam telefon pakcik dulu"
aku terus mengambil handphoneyang dihulurkan
dalam kepala ku cuma terlintas dia..
sudah pukul 9 lebih..mesti dia tengah tunggu aku..
"Upwell Corporation, boleh saya bantu?"
aku terpaku mendengar suara nya..
"Hello?.."
"Aisyah, ini saya. Saya nak inform saya masuk ofis lepas lunch, kalau ada klien nak jumpa, tolong cakap saya tak available harini n arrange meeting untuk esok. Boleh? And 1 more thing, tolong mintak Daniel ambil saya disini..."
Aku mendengar Aisyah mencatat setiap butiran yang aku berikan padanya. 
Dia memang cekap.
"Baik Encik Adam. Ada apa-apa lagi?"
"Itu sahaja. Apa-apa nanti saya inform lain"
"Baik Encik Adam. Jaga diri"
talian dimatikan
aku meminta izin untuk pergi
"Boleh pakcik tau nama kamu?"
"Adam, pakcik"
pakcik seperti terkejut, dan dia terus memelukku
"nanti senang, kamu datang sini lagi ye Adam. bila kamu dah bersedia, kamu ceritakan lah dekat pakcik masalah kamu.."
"baiklah pakcik, nanti saya datang makan kat kedai pakcik lagi.."
"Assalamualaikum.."
aku melangkah meninggalkan gerai itu tanpa menjawab salam yang diberi..
seperti aku bermimpi, melihat air mata bergenang di kedua matanya yang sayu tatkala melihatku pergi..
PonPON!!

******************
sapekah aisyah? apakah hubungannya dengan adam? kenapa pakcik beriya-iya nak tolong adam? apa motip?? kenapa adam tak jawab salam??kurang ajar ke dia ni..?sape pulak yang meng-hon? sama2 nantikan sambungannya..

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

1 Response to episod 3

Leave a Reply

semua yg tertulis adalah hak cipta terpelihara pemilik blog. Powered by Blogger.